Kumpulan NCT Perkukuh Pembangunan Industri bersama NGX melalui Pelancaran NCT InnoSphere di Zon Ekonomi Utara

SIARAN AKHBAR 

UNTUK SIARAN SERTA-MERTA

Kumpulan NCT Perkukuh Pembangunan Industri bersama NGX melalui Pelancaran NCT InnoSphere di Zon Ekonomi Utara

KEDAH, 29 September 2025 – Kumpulan Syarikat NCT (Kumpulan NCT), dengan kerjasama Northern Gateway (NGX), hari ini mengukuhkan sumbangannya kepada pembangunan infrastruktur perindustrian negara dengan pelancaran NCT Innosphere, sekali gus memperluas portfolio Taman Industri Terurus (MIP) di bawah pengurusan Kumpulan. Taman perindustrian ini merupakan projek bertauliah pertama sepertinya untuk dibina di Zon Ekonomi Sempadan Khas Delapan (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Projek ini memanfaatkan kepakaran Kumpulan NCT untuk menggabungkan kemajuan teknologi dengan kelestarian alam dalam pembinaan sebuah taman perindustrian yang bakal menarik pelabur global dan industri generasi hadapan.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, dan dihadiri oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan. Dianjurkan bersama oleh Kumpulan NCT dan NGX, majlis ini turut dihadiri oleh para pegawai daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri dan juga agensi pelaburan dan rakan-rakan strategik.

NCT Innosphere, yang terletak di atas tanah zon bebas seluas 137 ekar, sedang dibangunkan dengan kerjasama Kumpulan Syarikat Northern Gateway (NGX), anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dan merupakan pemaju induk SBEZ. Pembangunan ini dilaksanakan sebagai susulan kepada Taman Perindustrian Pintar NCT (NSIP) di Selangor, yang dilancarkan oleh Kumpulan NCT pada 2023 dan merupakan MIP bertauliah pertama di Malaysia, dengan kadar jualan 80% pada Fasa 1 dan bakal menerima pemilikan kosong pada S4 2025. NSIP telah diiktiraf kerana reka bentuk dan inovasinya yang mesra alam, termasuk penarafan Lima-Berlian di bawah Cabaran Bandaraya Rendah Karbon 2030 berasaskan reka bentuk rendah karbon yang boleh dijadikan teladan, Anugerah Kecemerlangan Hartanah Perniagaan StarProperty bagi pembangunan taman perindustrian terbaik, dan Anugerah Kelestarian CEO Asia Pasifik sebagai peneraju kelestarian dalam pembangunan perindustrian.

Dato’ Sri Yap Ngan Choy, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT berkata, “Kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Kedah dan NGX dalam inisiatif mencetus transformasi bertaraf dunia ini. NCT Innosphere bukan sahaja akan mencipta nilai ekonomi jangka panjang bagi kawasan utara, tetapi juga menyokong usaha negara kita mempelbagaikan saluran logistik dan menyelaraskan perdagangan lancar antara pasaran serantau.”

Di bawah Perjanjian Pembangunan Bersama ini, Kumpulan NCT bertanggungjawab bagi penyerahan penuh projek, termasuk perancangan, pembinaan dan pembangunan ekosistem. Manakala NGX sebagai pemilik tanah dan pemudah cara, akan memantau kerja infrastruktur utama, penyediaan utiliti dan penyelarasan kawal selia untuk menjamin pelaksanaan projek yang lancar.

Lokasi strategiknya bersebelahan sempadan Malaysia-Thailand dan berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang meletakkan NCT Innosphere sebagai pintu masuk perdagangan  laluan darat penting ke Koridor Utara, sambil menjadi hab bagi industri utama seperti logistik, rantaian bekalan automotif, pembuatan makanan, teknologi digital dan pintar, pembuatan lanjutan, pertanian dan bioindustri.

Dato’ Sri Yap menambah, “MIP kedua kami ialah satu lonjakan strategik ke hadapan dalam komitmen kami untuk mencorakkan masa depan perindustrian Malaysia dengan ekosistem berimpak tinggi. NCT Innosphere dirangka untuk memanfaatkan kekuatan perdagangan rentas sempadan, kecekapan logistik dan infrastruktur pintar, mewujudkan platform penting bagi pembangunan pesat industri maju seperti semikonduktor, elektrik dan elektronik, dan logistik pintar. Seperti NSIP, matlamat kami ialah untuk mewujudkan persekitaran yang berdaya maju berlandaskan kesediaan digital dan inovasi.”

Razwin Sulairee Hasnan Termizi, Ketua Pegawai Eksekutif NGX, seterusnya menambah: “NCT InnoSphere dibangunkan di Zon Zero Mile, iaitu titik pertama dalam rantaian bekalan Malaysia. Setiap tahun, hampir 1.3 juta lori melintasi Bukit Kayu Hitam–Sadao, membawa dagangan rentas sempadan bernilai hampir RM70 bilion, menjadikan InnoSphere sebagai titik sentuhan pertama untuk konsolidasi, pemasangan ringan, atau pembuatan berskala penuh. Ini mewujudkan apa yang kami panggil sebagai First Load Advantage, di mana pelabur meraih nilai pada batu pertama, kerana setiap lori dan penghantaran yang bergerak ke selatan bermula dari sini. Sebagai sebahagian daripada Delapan, InnoSphere juga terletak di titik pertemuan lebih daripada 60 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), memberikan pelabur akses tanpa halangan ke pasaran serantau dan global. Pulau Pinang menjadi hentian semula jadi dalam koridor aliran tunggal yang akhirnya menuju ke Singapura. Disokong oleh Bukit Kayu Hitam Inland Port (BKH ICD) dan diperkukuh oleh peranan Thailand sebagai rakan rantaian nilai semula jadi Malaysia, InnoSphere merupakan sebuah taman perindustrian yang akan menentukan kos rantaian bekalan agar lebih berdaya saing, secara langsung terikat dengan aliran rentas sempadan yang sudahpun memacu ekonomi rantau ini.”

NCT Innosphere dirancang sebagai sebuah pembangunan lapan fasa, dengan setiap fasa meliputi campuran komponen perindustrian, komersial dan sokongan untuk menggalakkan aktiviti operasi, perdagangan dan pembuatan yang cekap. Pembangunan ini akan menyediakan lebih 230 unit, termasuk unit berkembar, unit sesebuah, kelompok, berangkai dan konfigurasi binaan khas, yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelbagai perniagaan merentasi sektor, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) dianggarkan sebanyak RM1.10 bilion.

Dengan penerimaan Persijilan Sementara GreenRE Perak, NCT INNOSPHERE merupakan MIP pertama di kawasan Utara Malaysia untuk menerima pengiktirafan ini. Selaras dengan usaha kelestarian jangka panjang Kumpulan NCT, projek ini akan menggabungkan ciri-ciri yang menggalakkan tanggungjawab alam sekitar dan kecekapan operasi lebih hijau dalam susun atur perindustrian yang berpandangan jauh.

NCT Innosphere akan menjadi pemangkin bagi kemajuan perindustrian di Koridor Utara. Menerusi penetapan sebagai Zon Bebas dan kerjasama dengan agensi seperti MIDA dan NCER Malaysia, NCT Innosphere akan menyediakan pelepasan duti, proses kastam terselaras dan capaian kepada insentif rentas sempadan kepada pelabur. Tambahan lagi, sebuah pusat sehenti di dalam taman akan menawarkan perkhidmatan pelabur bersepadu, termasuk sokongan pelesenan dan kerjasama dengan agensi kerajaan yang berkenaan.

-tamat-